Berapa harga album digital Sistem Kami?
Tiga pakej, sekali bayar: Moment Asas RM40, Moment Plus RM65, Moment Penuh RM120. Tiada caj bulanan.
Boleh guna untuk majlis selain kahwin?
Boleh. Album ini sesuai untuk apa-apa majlis: dinner, event dan program syarikat, majlis hari jadi, aqiqah, reunion, majlis graduasi dan lain-lain.
Adakah tetamu perlu muat turun aplikasi atau daftar akaun?
Tidak. Tetamu imbas kod QR dengan kamera telefon, galeri terbuka di pelayar, dan mereka terus pilih gambar untuk dimuat naik.
Berapa banyak gambar dan video boleh dimuat naik?
Moment Asas: 200 gambar, tanpa video. Moment Plus: 2,000 gambar dan video sehingga 30 saat. Moment Penuh: 6,000 gambar dan video sehingga 60 saat.
Berapa lama galeri disimpan?
Dikira dari tarikh majlis: Moment Asas 30 hari, Moment Plus 90 hari, Moment Penuh 180 hari. Semua fail disimpan dalam Google Drive. Perlu lebih lama? Hubungi kami untuk lanjutkan.
Bolehkah saya muat turun semua gambar sekali gus?
Boleh, dari Moment Plus ke atas: semua gambar & video dalam satu fail ZIP. Dalam Moment Asas, gambar dimuat turun satu per satu.
Bagaimana jika ada gambar yang tidak sesuai?
Dalam Moment Penuh, anda boleh sembunyi atau padam gambar sendiri. Untuk pakej lain, beritahu kami dan kami uruskan. Dari Moment Plus, tetamu juga boleh laporkan gambar yang tidak sesuai.
Boleh tunjuk gambar di skrin semasa majlis?
Boleh, dengan Moment Penuh: slideshow langsung di TV atau projektor, dan gambar baharu muncul sendiri sepanjang majlis.
Majlis kahwin: boleh dapat kad jemputan sekali?
Boleh. Pakej kad kahwin digital + album bermula RM50, di kad.sistemkami.com/pakej.
Bagaimana nak tempah?
WhatsApp kami di 011-2406 9291 dengan nama majlis, tarikh dan lokasi. Kami sediakan pautan dan kod QR galeri anda.
Ada soalan lain?
Tanya kami di WhatsApp tentang majlis anda.